Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza - Nian Di Hati lyrics

Suburnyanian sukar dimadah

Mekar jiwa dilamar mimpi

Kasih sepantun tulisnya sudah

Hanya rindu ikatan hati

Berlumpur intan

Seri masih bertandang

Bagai bulan dipagar bintang

Angin menderu ombak mengalun

Melambai daun sedang rimbun

Sarat di hati rindu ditanggung

Airmata pun tak terbendung

Dikau kusanjung

Cinta suci terulung

Di jiwaku semakin ranum

Terpadamlah gundah di hati

Setenangnya air di kali

Hilanglah resah terpancar naluri

Janji yang diikat teguh berdiri

Lafazlah sejujur hatimu

Setulus halusnya budimu

Damaimu sesudah gerimis

Bawa daku bersama meniti pelangi

Ku yakin di sana menanti

Mahligai kencana abadi

Disaluti sutera asli

Selimut cinta aroma harum kasturi

Kasihmu beraja di hati

Kasihku bertakhta di jiwa

Walaupun tiada di mata

Cintamu tetap sebati

Sungguh bererti kasih dan sayang

Seribu sumpah kau tunaikan

Cinta berkurun kasih berzaman

Kerana sayangku turutkan

Guruh di laman

Umpamanya gurindam

Mengusap di hati yang rawan

Get this song at:  amazon.com sheetmusicplus.com

Share your thoughts

Comments