Siti Nurhaliza - Kurniaan Dalam Samaran lyrics
Kiambang hanyut ke muara
Perahu pulang ke penambang
Lambat laun kan bersua
Biarpun digulung gelombang
Dugaan yang tak disangka
Perpisahan yang dipaksa
Kurniaan yang dalam samaran
Itu yang kuharapkan
Berpijak pada bumi nyata
Bak meniti jambatan bara
Jalan yang mana harus kami lalui
Jalan lurus mereka halangi
Kita dibiar terapung
Di awangan cinta
Diperbudak-budakkan saja
Bagaikan boneka cinta
Kerana kebangsawanan
Dan sandiwara mereka
Dua hati menjadi beku
Rela dilempar ke gurun debu
Walau apa dihadapi bersama
Demi cinta...oh...
Cinta kita...